Label

Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu

Pengguna perlu bijak pilih peniaga online






Hendak berjaya perlukan usaha. Berani melakukan perubahan dan ia tidak semudah melihat dengan mata sahaja. Dalam perniagaan juga perlukan masa untuk diuruskan dan masa juga memberikan kita pengalaman yang berharga untuk mempelajari corak dan langkahan dan berniaga. 



BERMULA dengan minat, Norbayah Mohamad Zahari, mengambil keputusan menjalankan perniagaan atas talian (online) pada 2006 secara separuh masa.

Menurutnya yang merupakan pemilik butik vendor Sweetlittle Mint, di awal perniagaannya tidak ramai yang terlibat dengan perniagaan online memandangkan ketika itu penggunaan Internet tidak sehebat sekarang.

“Saya mula berniaga dengan menjual pakaian, tudung dan beg tangan melalui wanitamelayu.com. Ketika itu apa yang dijual semua akan dibeli oleh pengguna.

"Tetapi sekarang agak sukar untuk menjual kesemua produk kita atas talian memandangkan kemunculan peniaga online yang makin ramai selain lambakan produk sama di pasaran,” katanya ketika ditemui di Puchong Utama baru-baru ini.

Dakwa Norbayah dalam pandangannya, situasi ini dilihat sedikit merbahaya kepada pengguna memandangkan kebanyakan peniaga online sekarang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Saya mendaftarkan perniagaan saya dengan SSM pada 2012 memandangkan saya sedar pentingnya perkara tersebut dalam memberi keyakinan kepada pengguna untuk membeli barang dengan kita.

“Selain itu, apabila kita ingin membuka kedai setelah berdaftar dengan SSM sedikit sebanyak memudahkan proses tanpa banyak karenah memandangkan kita sudah mempunyai nombor pendaftaran syarikat,” katanya.

Dalam pada itu Norbayah berkata, pengguna di luar sana juga harus bijak memilih perniagaan online yang berdaftar dengan SSM memandangkan jika  ditipu mereka boleh menggunakan nombor pendaftaran syarikat tersebut untuk mengesan individu yang melakukan penipuan tersebut.

“Ramai juga peniaga online di luar sana tidak tahu jika mendaftarkan perniagaan, ia membantu kita untuk memohon pinjaman kewangan dengan agensi kerajaan seperti Tekun, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan lain-lain lagi.

“Bagi saya langkah yang diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) baru-baru ini adalah sesuatu yang bagus bagi melindungi pengguna terutamanya,” akhiri wanita itu.

Lihat, pandangan usahawan ini menunjukkan betapa pentingnya seseorang peniaga online mendaftar.

Sumber : SinarHarian



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll

About